Wednesday, August 8, 2012

Kubur Purba Puak Paluan (Borneo Island)


kg sugiang ulu, Kemabong

Gambar tersebut merupakan satu penemuan yang unik. Pada zaman dahulu Puak Paluan hidup secara normad. Mereka berpindah rendah dari satu tempat ke satu tempat. Gambar ini dimbil pada tahun 2010. Geran tanah ini ada dimiliki oleh beliau (bapa) saya, 3 bulan sebelum gambar ini diambil, kawasan ini terbakar secara sengaja oleh orang tidak bertanggungjawab. Kawasan terbakar lebih kurang setenggah ekar hampir 30 pokok getah terbakar.

Selepas kawasan tersebut terbakar saya bersama2 adik saya dua dari kiri, sepupu pertama dari kiri dan selanjut 2 org anak buah. Meneroka serta melihat kawasan yang terbakar. Beliau  menyuruh kami mengambil gambar kws yang terjejas.  Kewujudan kubur tersebut memang diketahui dari awal malangnya selepas kemalangan kebakaran tempat perkuburan ini terdedah. Kami mengambil langkah berani mengorek tanah selalam 3-5 inch untuk melihat dan ingin tahu Tajau (tempat menyimpan mayat) jenis apa yang digunakan simati. Sebab nilai tajau ini boleh mencacah RM20-30  ribu.  Selepas mengambil gambar kami pun menutup dengan tanah semula kerana biarlah c mati berehat dengan tenang.

Terima Kasih kerana membaca..



No comments:

Post a Comment