Friday, August 10, 2012

Kitanan Kaum Murut (Borneo Island)

kg Ulu Sungai Apih, Kemabong
                                                  gambar  diatas adalah  "Vintour"(bahasa murut)

Kitanan adalah bermaksud  perayaan satu ratus hari selepas pemergian seseorang lelaki atau perempuan yang telah berumur dan juga si mati ada berjasa pada masyarakat serta keluarganya. Gambar di atas menunjukkan kesenian yang hampir pupus di makan zaman. Benda tersebut dipanggil "VINTOUR" dalam bahasa murut.
 Vintour ini dipilih dari kayu yang berkualiti. Kayu yang dipilih di ukir, diraut, dilukis serta diwarnakan. Corak pada vintour ini mempunyai maksud hanya orang tertentu saja faham. Vintuor in bukan sahaja dipamerkan tetapi digunakan pada acara "AHIVALANTI'UH" bermaksud acara menembak pada sasaran yang telah dibuat pada vintour.  Selain itu banyak lagi acara2 yang menarik semasa majlis ini berlangsung. Selanjutnya lihat gambar2 d bawah.

Wakil Tambului (tetamu) melepaskan beberapa das tembakan menandakan kedatangan ke tempat majlis.

Tambului sinumuku (kedatangan tetamu)

Tambului sinumuku


Pemasangan taji (Vandau)

Apakula (laga ayam)

Pinangkolot (baju tradisi Perempuan Kaum Murut)

Tapai (minuman tradisi Kaum Murut)

Ahilanti'uh
Dalam Kitanan acara ini merupakan seperti klimaks sesebuah sesebuah cerita.Disini para tetamu boleh ikut serta dalam acara tersebut. Acara ini peserta menembak pada sasaran pada VINTOUR seperti pada gambar pertama. Inilah salah satu  keunikan  state  bellow of wind banyak kesenian dan kebudayaan. Ini merupakan salah satu adat kaum Murut. Di Sabah terdapat melebihi 35 kaum etnik.




Jumpa next Title :   Hunter from Borneo's Rain Forest
Sekian dan Terima Kasih kerana membaca...








4 comments:

  1. bagus juga blog kamu ni. ni blog saya http://trip2borneo.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya terima Kasih.. bagus juga kamu punya bukan senang buat itu,,

      Delete
  2. nice blog bro... Sabahan bha kita smua ni...
    kasi maju bloggers sabahan kan?
    ^_^

    http://siriusjugamukakau.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul2.. kita sendiri jak leh kasi maju.. negeri kita..

      Delete